Sangat sedih melihat kanak-kanak menderita kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis di Hospital Al-Rantisi, Gaza.
Seramai 40 orang kanak-kanak memerlukan dialisis 3-4 hari seminggu, dengan setiap sesi berlangsung selama 3 sehingga 5 jam di sini.
Penderitaan ini terpaksa ditanggung dengan suntikan jarum, kehilangan darah, kesakitan dan keletihan yang melampau sehingga menghalang mereka daripada menjalani kehidupan yang normal.
Kesakitan ini tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja. Para ibu terpaksa berada bersama sepanjang proses dialisis menyebabkan tekanan psikologi lebih-lebih lagi ibu tunggal yang terpaksa bercuti dari mencari pendapatan harian.
Atas dasar kemanusiaan, MyCARE dan pasar raya Econsave telah melancarkan kempen bantuan kanak-kanak yang menghidap penyakit buah pinggang dan sokongan kepada ibu-ibu mereka di Hospital Al-Rantisi.
Inisiatif ini melibatkan pemberian mainan, wang sejumlah 200 shekel (RM250), dan tajaan 120 suntikan Epoetin kepada pihak hospital untuk kegunaan kanak-kanak yang memerlukan.
Alhamdulillah. Bantuan ini telah mengukirkan senyuman kepada semua. Terima kasih Econsave dan para penyumbang MyCARE!
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand
Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada