Bantuan pek makanan kepada Veteran Komando

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2021 – Mengambil momen Hari Pahlawan dan bulan Kemerdekaan, MyCARE mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan kepada para veteran pasukan keselamatan bagi mengenang jasa mereka yang telah berjuang demi kedaulatan negara dan berkhidmat untuk masyarakat Malaysia.

MyCARE telah dan sedang menyalurkan sumbangan pek makanan kepada 8 pasukan keselamatan iaitu TUDM, TLDM, PDRM, Komando, Bomba, ATM, Kastam dan Penjara.

Penyaluran keempat telah diserahkan kepada Kelab Veteran Komando Malaysia di Bukit Perseketuan.

Sebanyak 100 pek makanan untuk 100 buah keluarga veteran Komando diserahkan oleh Ahli Pemegang Amanah MyCARE, Ar. Syed Mohd Radhi yang disaksikan oleh Yang Dipertua Kelab Veteran Komando Malaysia, Tuan Jamal Baharom.

Para penerima manfaat terdiri daripada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Pek makanan ini mengandungi beras, minyak, telur, tepung, bihun, gula, bawang, kentang, ikan bilis, susu pekat, teh, dan lain-lain.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka walaupun tidak tertanding dengan sumbangan besar mereka untuk negara. Diharap inisiatif ini menjadi tanda bahawa rakyat Malaysia tidak melupakan mereka yang telah berjasa.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali