Bantuan pek makanan kepada Veteran TLDM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2021 – Mengambil momen Hari Pahlawan dan bulan Kemerdekaan, MyCARE mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan kepada para veteran pasukan keselamatan bagi mengenang jasa mereka yang telah berjuang demi kedaulatan negara dan berkhidmat untuk masyarakat Malaysia.

MyCARE telah dan sedang menyalurkan sumbangan pek makanan kepada 8 pasukan keselamatan iaitu TUDM, TLDM, PDRM, VAT 69, Bomba, ATM, Kastam dan Penjara.

Penyaluran kedua telah diserahkan kepada Persatuan Veteran Tentera Laut DiRaja Malaysia di MIM Defence Sdn Bhd.

Sebanyak 50 pek makanan untuk 50 buah keluarga veteran TUDM diserahkan oleh Ketua Projek MyCARE, Tuan Haji Kamarul Halim yang disaksikan oleh Yang DiPertua PVTLDM Cawangan KL, Leftenan Komander Rabayah Rahmat TLDM (Bersara).

Para penerima manfaat terdiri daripada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Pek makanan ini mengandungi beras, minyak, telur, tepung, bihun, gula, bawang, kentang, ikan bilis, susu pekat, teh, dan lain-lain.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka walaupun tidak tertanding dengan sumbangan besar mereka untuk negara. Diharap inisiatif ini menjadi tanda bahawa rakyat Malaysia tidak melupakan mereka yang telah berjasa.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan untuk penduduk Putra Heights

Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap,

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

[MyRamadan] Agihan pek makanan di Somaliland

Alhamdulillah, pada Ramadan lalu MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan Ramadan kepada komuniti yang memerlukan di Somaliland – wilayah yang sering terpinggir daripada radar bantuan antarabangsa.