SEJARAH PENUBUHAN MADRASAH
Projek Bantuan Wakaf Madrasah Darussalam merupakan sebuah projek yang telah dijalankan sebelum tahun 2014 lagi dan diusahakan oleh agensi Nusantara Care (NICE) yang juga merupakan sebuah agensi dari Non-Government Organization (NGO), Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE). Projek ini melibatkan bantuan pembangunan madrasah dan juga pendidikan kepada anak – anak masyarakat muslim yang terletak di sekitar Tay Ninh, Vietnam. Untuk maklumat umum, MyCARE melalui agensinya NICE telah mengadakan pelbagai usaha ke arah pembangunan pendidikan masyarakat muslim di Vietnam terutama di Madrasah Darussalam.
- Tajaan kursus agama untuk individu muslim dari negara minoriti Islam oleh Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia & the Pacific (RISEAP).
- Usaha persendirian daripada individu untuk keluar belajar.
- Usaha terancang awal – belajar di beberapa madrasah di Terengganu.
- Mengikuti Kursus Profesional dan Diniah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN, Kedah) dan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS, Perak).
Pada November 2014, Madrasah Darussalam telah ditubuhkan secara rasmi dan telah beroperasi sebagai institusi berdaftar di bawah kerajaan Vietnam untuk mengajar pelajaran agama Islam. Ini merupakan sebuah kejayaan di mana Madrasah Darussalam merupakan satu-satunya madrasah yang diiktiraf oleh kerajaan Vietnam walaupun Madrasah Darussalam masih menumpang di Masjid Nurul Ehsan. Antara usaha – usaha lain NICE setelah penubuhan Madrasah Darussalam adalah:
- Menaja pelajar untuk belajar di madrasah Terengganu.
- Tajaan belajar di KUIN dan KUISAS.
- Tajaan pengambilan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
- Bantuan berterusan pembangunan Madrasah Darussalam.
- Menjadi penasihat utama di dalam pengurusan hal ehwal persekolahan dan pembelajaran pelajar madrasah.
- Menyokong dari sudut kewangan.
- Membantu pembelian 2 lot tanah untuk tapak kekal madrasah.
- Menyiapkan lukisan pelan bangunan 4 tingkat iaitu pembinaan fasa 1 Madrasah Darussalam.
BANTUAN WAKAF PEMBANGUNAN MADRASAH DARUSSALAM FASA 1
Madrasah ini menjadi tumpuan pusat pembelajaran bagi anak – anak yang beragama Islam di Vietnam. Hal ini kerana hanya Madrasah Darussalam sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan Vietnam sebagai tempat menuntut ilmu agama Islam di Vietnam. Menurut pelbagai sumber dipercayai, jumlah anggaran komuniti muslim yang dicatat sehingga pada tahun 2016 di Vietnam adalah seramai 80,000 orang muslim iaitu 0.1 % daripada 92.7 juta rakyat Vietnam. Berdasarkan kepada statistik tersebut, ramai dari kalangan anak – anak muslim di Vietnam tertumpu di Madrasah Darussalam, Tay Ninh, Vietnam untuk menuntut ilmu. Namun demikian, Madrasah Darussalam setakat pada April 2017 telah menampung seramai 116 pelajar (84 orang lelaki dan 32 orang perempuan). Pengambilan pelajar telah dihentikan kerana tidak dapat menampung pelajar yang lebih dari bilangan sedia ada walhal permintaan kemasukan yang begitu banyak dari masyarakat muslim Vietnam. Buat masa ini, Madrasah Darussalam adalah menumpang di Masjid Nurul Ehsan. Sesi pembelajaran dijalankan di Masjid Nurul Ehsan. Akibat dari ruang yang terhad, tempat makan dan sesi pembelajaran serta tempat tidur adalah di ruangan yang sama. MyCARE telah mengambil inisiatif untuk menjalankan Projek Pembangunan Lot Wakaf Madrasah Darussalam yang mensasarkan kutipan RM 2 juta bagi membina bangunan, kelas dan fasiliti madrasah.
Dari hal demikian, MyCARE di bawah agensinya NICE menyeru semua rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan dana walaupun sedikit untuk mencapai sasaran RM 2 juta bagi pembinaan bangunan fasa 1 ini. Bantuan dana boleh disalurkan melalui pembelian lot wakaf. Tujuan projek sumbangan lot wakaf ini adalah untuk mempromosikan kutipan sekaligus dengan harapan dapat melancarkan dan mempercepatkan lagi pembinaan bangunan 4 tingkat yang diperlukan oleh Madrasah Darussalam.
LAIN – LAIN BANTUAN
Selain dari pembinaan bangunan fasa 1 itu, sumbangan dan bantuan lain turut diperlukan oleh Madrasah Darussalam. Antaranya:
- Keperluan pendidikan dari segi bekalan peralatan madrasah.
- Program MyKorban yang dijalankan setiap tahun anjuran IKRAM yang diuruskan oleh MyCARE juga boleh dijadikan satu lagi platfom untuk beramal dan menyumbang kepada komuniti muslim yang memerlukan di sekitar madrasah.
- Menaja pelajar dari madrasah untuk belajar di Malaysia.
- Menaja guru agama di masjid – masjid.
Selain itu penyumbang juga boleh mengikuti Program Ziarah Vietnam. Program ini memberikan pengalaman sendiri kepada para penyumbang untuk lebih mengenali mereka dengan lebih dalam di lapangan. Dengan sumbangan – sumbangan berterusan dari para penyumbang hal ini sekaligus dapat membantu komuniti muslim di Vietnam untuk meneruskan pembelajaran terutama di dalam pelajaran agama Islam dan memajukan mereka dari sudut duniawi dan ukhrawi.
PERSOALAN
Mengapa perlu bersedekah dan menyumbang di Madrasah Darussalam Vietnam? Sedangkan di negara lain masih memerlukan sumbangan termasuklah negara yang sedang berlakunya peperangan. Malaysia juga terdapat ramai orang miskin yang perlu di bela.
Di Malaysia memang terdapat ramai orang miskin yang perlu dibantu walau bagaimapun terdapat perbezaan yakni orang miskin dan mangsa peperangan di negara lain. Hal ini kerana mereka mendapat bantuan dari pihak kerajaan Malaysia dan turut mendapat perhatian di serata dunia. Namun tidak bagi muslim di Vietnam yang telah lama dipinggir atau kita tidak sedar.
5 PERKARA PENTING
- Masyarakat Islam adalah penduduk minoriti di Vietnam. Lebih 80 % rakyat Vietnam tidak beragama. Umumnya Vietnam berideologi Komunis. Dari 20% tersebut yang beragama adalah dari kalangan penganut agama Khatolik dan Protestan terutama dari etnik Cao Dai dan Hoa Hao. Sementara penganut Islam merupakan minoriti diantara kelompok minoriti tadi yang juga terdiri dari Bani Cham.
- Berdasarkan statistik, jumlah populasi masyarakat Muslim semakin bertambah terutama dari Bani Cham. Bani Cham mempunyai bilangan orang seramai sekitar 100 ribu orang dari penduduk Vietnam yang seramai 92.7 juta orang. Kajian mendapati pada tahun 1999, jumlah penganut Islam di Vietnam sekitar 60 ribu orang. Jumlah tersebut meningkat kepada sekitar 70 ribu orang pada tahun 2009. Pada tahun 2017, jumlah tersebut terus meningkat kepada sekitar 80 ribu penganut Islam.
- Sebahagian besar daripada komuniti Islam di Vietnam tinggal di daerah An Giang, Ho Chi Minh City, Ninh Thuan dan Tay Ninh. 4 daerah ini dinamakan sebagai Jam’iyah iaitu penempatan utama orang Islam. Daerah tersebut juga pernah dikenali sebagai Saigon yang juga merupakan tempat tinggalan generasi keturunan kerajaan Campa. Sisa peninggalan masih terdapat di daerah tersebut. Masyarakat dari daerah tersebut turut dikenali sebagai orang Cham.
- Madrasah Darussalam Tay Ninh merupakan sebuah institusi Islam pertama sebagai tempat persekolahan yang diiktiraf oleh kerajaan Vietnam dan boleh mengajar pelajaran Islam. Madrasah Darussalam menjadi tumpuan sebagai pusat pembelajaran agama Islam di Vietnam.
- Projek Lot Wakaf Pembinaan Bangunan 4 tingkat merupakan projek fasa 1 bagi tujuan pembelajaran di Madrasah Darussalam. Hingga kini sesi pembelajaran Madrasah Darussalam adalah menumpang di Masjid Nurul Ehsan.
MAKLUMAT UNTUK MENYUMBANG
Sumbangan boleh dimasukkan atas nama akaun:
“Humanitarian Care Malaysia Berhad”
Maybank – 5642 5856 0698
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592
JomPay: Biller code – 6197
ATAU
Sila hantarkan maklumat (nama, alamat surat-menyurat*, slip bank, amaun) ke account@mycare.org.my untuk mendapatkan resit sumbangan (hanya perlu bagi yang menggunakan kaedah selain daripada www.billplz.com sahaja).
*setiap penderma dengan nama & alamat surat-menyurat yang lengkap akan menerima sijil wakaf mengikut sumbangan yang diberikan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
03-89412341 (En. Amir / En. Abdul Hafidz) atau emel ke nice@mycare.org.my.
4 comments
Assalamualaikum wbt,,,,
Saya Khairulnisa binti Sarkawi, Ingin bertanya, masih boleh ke, seandainya saya berwakaf lot tanah di Madrasah Pihak Tuan.
Terima Kasih..
Waalaikumussalam wr wbt.
Mohon maaf atas kelewatan membalas. Ya, masih boleh. Boleh berwakaf melalui link Billplz di atas atau di https://donate.mycare.org.my/c/darussalam
Semoga Allah memberkati amalan saudari.
Salam,ada kah
masih boleh berwakaf utk bina madrasah ini?
Waalaikumussalam wr…
Terima kasih kerana berminat dengan projek kami. Ya, masih boleh. Untuk berwakaf dengan lebih mudah, sila ke: https://donate.mycare.org.my/default?single_campaign=1&campaign_id=14