Konflik dan pembantaian di Arakan menyebabkan ribuan etnik Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh.
Bangladesh menerima lambakan pelarian Rohingya kerana rejim Myanmar semakin agresif membunuh, merogol dan membantai etnik Rohingya.
Mereka ini melarikan diri hanya sehelai sepinggang.
Justeru itu, MyCARE menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia dengan membina penempatan sementera, tandas, perigi dan sumbangan selimut tebal untuk mereka.
Sebanyak 40 buah penempatan sementara, 20 buah tandas dan 20 buah perigi telah dibina hasil sumbangan anda.
400 buah keluarga telah menerima manfaat dari pembinaan 20 buah tandas dan 20 buah perigi, dan 700 orang menerima selimut tebal.
Selain daripada bantuan penempatan sementara, tandas, perigi dan selimut tebal, MyCARE juga telah menyalurkan sumbangan berbentuk perubatan dan pek makanan.
Pada tahun ini (2017), MyCARE telah menyalurkan bantuan pertama bernilai RM80,000, bantuan kedua bernilai RM150,000 dan bantuan ketiga bernilai RM100,000.
Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
MyCARE mewakili saudara-saudara Rohingya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang istiqamah dalam membantu.
Semoga kebaikan kalian dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Sumbangan ke Tabung Rohingya boleh disalurkan di http://www.billplz.com/selamatkanrohingya
MyCARE bertemu Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia
MyCARE berpeluang meluaskan jaringan kerjasama kemanusiaan melalui pertemuan rasmi bersama Tuan Muhammad Anis Matta, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia bertempat di Gedung Konstitusi, Jakarta.