SEPANG, 12 Februari 2021 – MyCARE selaku rakan pelaksana Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan program Agihan Fidyah dengan kerjasama MAIS untuk menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sebanyak 215 pek makanan telah diberikan kepada 215 orang pemandu limosin Kuala Lumpur International Airport (KLIA) bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat COVID-19.
Program ini turut disaksikan para pegawai MAIS iaitu Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, En Suhaimi Ismail (Pengarah Pembangunan Sosial MAIS) serta CEO MyCARE, Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar. Bantuan ini merupakan bantuan fasa kedua bagi melengkapkan baki senarai penerima yang terkesan. Pihak MyCARE difahamkan pendapatan warga kerja limosin terputus sejak perintah larangan penerbangan.





Teruskan menghulur bantuan anda ke Tabung Bangkit COVID-19 sebagai keprihatinan bersama di: