Bantuan untuk komuniti Sabah | 2

Ini merupakan program kedua MyCARE bersama Masjid Taming Jaya.

Kali ini MyCARE tampil menyampaikan bantuan kepada 50 keluarga di kalangan penerima yang berasal dari negeri Sabah.

Mereka ini bekerja di kilang-kilang di sekitar Taming Jaya dan Balakong. Mereka sangat terkesan semasa COVID-19 ini kerana banyak kilang yang mengurangkan pekerja dan jadual kerja mereka juga dikurangkan.

Diharap dengan sumbangan dari Yayasan Buruj yang disalurkan melalui MyCARE ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh komuniti Sabah di sini.

MyCARE yakin dengan bermulanya fasa 4 PPN ini maka mereka akan dapat bangkit semula bekerja mencari pendapatan untuk keluarga.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan untuk penduduk Putra Heights

Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap,

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

[MyRamadan] Agihan pek makanan di Somaliland

Alhamdulillah, pada Ramadan lalu MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan Ramadan kepada komuniti yang memerlukan di Somaliland – wilayah yang sering terpinggir daripada radar bantuan antarabangsa.