TUMPAT, 6 Jan 2017 – Hari ini bersamaan 8 Rabiul Akhir 1438H jam 5 petang, Pengerusi dan aktivis MyCARE Negeri Kelantan telah meluangkan masa bertolak menziarahi para penduduk yang telah mengalami banjir besar di Kampung Bendang Pak Yong.
Di kesempatan itu juga, MyCARE Negeri Kelantan telah menghulurkan sumbangan pek makanan yang berjumlah RM50 setiap satu.
Di dalam pek makanan tersebut mengandungi beras, biskut, susu, sardin bihun dan makanan ringan telah disampaikan oleh pengerusi dan aktivis MyCARE kepada 30 buah keluarga. Dana sumbangan yang telah disampaikan oleh MyCARE Negeri Kelantan adalah dari sumbangan Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Kelantan yang telah dikhususkan peruntukan itu kepada mangsa bencana banjir.
Semoga Allah mempermudahkan urusan semua rakyat Malaysia yang dilanda banjir pada tahun ini.
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas