Bulan puasa menanti Syawal,
Baju baru cantik berseri,
Anak yatim jangan ditinggal,
Bersama kita berkongsi rezeki.
Langit cerah dihiasi pelita,
Aidilfitri menjelang tiba,
Anak yatim senyum gembira,
Terima baju baru penuh bergaya.
Alhamdulillah agihan untuk Fasa Pertama Sehelai Baju Raya Untuk Dia untuk 260 orang anak yatim dan asnaf telah dilaksanakan dengan jayanya bersama Society Of Petroleum Engineers (SPE) di Jakel, Bangi.



Kerjasama untuk tahun keempat antara MyCARE dan SPE turut menyaksikan kehadiran warga sukarelawan yang sangat ramai.
Ini merupakan satu lagi usaha murni menyantuni golongan yang memerlukan khususnya anak yatim dan asnaf.
Saksikan video ini untuk melihat keceriaan anak-anak yatim, asnaf dan sukarelawan memilih baju raya.