Bekalan air bersih untuk penduduk kampung

HARGEISA, 29 Apr 2017 – Terdapat sebuah perkampungan bernama Nas Hablood yang menempatkan hampir 700 hingga 900 keluarga.
Keluarga ini terdiri daripada mereka yang lari dari perang saudara di Somalia dan Ethiopia, serta penduduk Somalia yang berpindah-randah disebabkan kemarau.
MyCARE telah menyalurkan bantuan dari rakyat Malaysia dengan membekalkan keperluan asas seperti 35 barrel bekalan air bersih.




Penduduk di sini sangat gembira dengan bantuan tersebut sehinggakan menyanyikan sebuah lagu untuk menyambut kami.
Walau bagaimanapun, bantuan bekalan air tersebut tidak mampu bertahan lama kerana keperluan sumber air di sana sangat tinggi.
Bagi mereka yang ingin menyumbang ke tabung “Somalia Relief 2017” sumbangan boleh disalurkan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ melalui salah satu akaun berikut:
MAYBANK ISLAMIC – 5642 5856 0698
CIMB ISLAMIC – 8602 135 592
BANK ISLAM – 1209 2010 034904
JomPay Biller code: 6197
Online: www.billplz.com/somaliarelief
Jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang melalui MyCARE. Semoga sumbangan ini menjadi saham anda di akhirat sana.
Ikuti perkembangan penuh misi ini dari masa ke semasa di Facebook MyCARE.

2 comments

  1. assalammu’alaikum wbt,
    ingin bertanya : Pihak mycare ada berhasrat utk menyediakan perigi bagi menyediakan air bersih di somalia secara terancang. Betulke? bagaimana cara untuk menyalurkan sumbangan utk projek ini. terima kasih

    1. Waalaikumussalam wr wbt…
      Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Buat masa ini, semua sumbangan untuk Somalia menggunakan akaun bank di atas dengan menyatakan “Somalia Relief” untuk rujukan pihak kami. Sumbangan juga boleh dibuat melalui http://www.billplz.com/somaliarelief .

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan untuk penduduk Putra Heights

Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap,

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

[MyRamadan] Agihan pek makanan di Somaliland

Alhamdulillah, pada Ramadan lalu MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan Ramadan kepada komuniti yang memerlukan di Somaliland – wilayah yang sering terpinggir daripada radar bantuan antarabangsa.