Satu kisah yang benar-benar menyentuh perasaan ahli misi kami, Dr. Mohd Zin ialah apabila kanak-kanak yang mengerumuni beliau, susuk tubuh dan wajah muka mereka sememangnya jelas menggambarkan kelaparan, kekurangan zat makanan, ada menghidapi penyakit dan kusut masai.
Apabila Dr. Zin bertanya kepada ibu yang diziarahi rumahnya mengenai anak-anaknya yang berambut demikian dan berbaju comot, hakikatnya memang benar mereka tidak mandi berminggu-minggu dan tidak menukar pakaian berhari-hari.
Apabila Dr. Zin bertanya lagi mengapa tidak mandi? Lebih sedih lagi jawapan yang diperolehi bahawa, “Air di sini sangat mahal dan tidak mampu diperolehi oleh keluarga-keluarga ini.”
Inilah pendedahan yang dilaporkan oleh Dr. Mohd Zin yang mewakili MyCARE di dalam misi kemanusiaan di Gaza.
Beliau berkesempatan meninjau sendiri satu kawasan penempatan yang sangat padat dan sering menjadi sasaran Zionis Israel yang terletak di selatan Semenanjung Gaza. Dari tinjauan di kawasan kediaman penduduk tersebut, keseluruhan kawasan yang berdebu, keadaan rumah yang sangat dhaif, dan pelbagai kesukaran yang sedang dilalui penduduk Gaza tersebut.
Di antaranya ialah:
1. Keadaan rumah yang sangat tidak sesuai diduduki.
2. Struktur rumah yang tidak sempurna dan terdedah dengan bahaya manusia lain mahu pun binatang.
3. Tiada langsung bekalan air dan elektrik.
4. 90 peratus penduduk tidak ada pekerjaan
5. Tidak cukup makanan.
6. Persekitaran yang kotor yang boleh menjejaskan para penghuninya, khususnya kanak-kanak.
7. Majoriti kanak-kanak tidak mandi berminggu-minggu dan tidak menukar pakaian mereka.
Perkara ini disahkan sendiri apabila Dr. Mohd Zin bertanya dengan ibu mereka, “Apa yang boleh kita bantu?” Dan mereka meminta pertolongan agar dapat meringankan beban mereka serta kemudahan bagi anak-anak mereka.
Teruskan hulurkan doa buat rakyat Palestin agar mereka dapat segera keluar dari tekanan dan kezaliman yang sedang mereka hadapi. Hulurkan sumbangan anda untuk membantu rakyat Palestin yang sedang menderita. Ayuh terus salurkan sedekah dan bantuan kepada rakyat Palestin di www.billplz.com/myramadan
MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL
Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang