MyCARE dengan kerjasama Econsave telah menyediakan Bilik Rawatan Gastrointestinal Endoscopy untuk merawat para pesakit di Patient Friend’s Hospital.
Objektif penyediaan bilik rawatan ini adalah untuk merawat pesakit terutamanya yang berkaitan dengan kanser, mengurangkan kos pesakit, memudahkan urusan hospital dan menaik taraf kesihatan penduduk Gaza.
Selepas serangan rejim Zi0nis tahun lepas, MyCARE telah menyalurkan pelbagai medical devices, equipments dan ubat-ubatan hasil sumbangan rakyat Malaysia. Pihak Kementerian Kesihatan Gaza memohon kepada MyCARE untuk menyediakan satu Bilik Rawatan Gastrointestinal Endoscopy.
Projek ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Gaza dan Patient Friend’s Benevolent Society.
Antara equipment yang disediakan adalah nebulizer device, glucometer device, glucometer test strip, lebih daripada 30 jenis ubat-ubatan dan sebagainya.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasar raya Econsave serta para pelanggan Econsave yang menderma ke tabung-tabung kemanusiaan di pasar raya Econsave.
Ayuh gembirakanlah mereka yang memerlukan. Salurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/myramadan
[Banjir] MyCARE bantu pembersihan rumah mangsa
Lokasi: Taman Sri Bayu, Tumpat, Kampung Kelawar Kampung Lancang, Pasir Mas Jenis bantuan: Pek Makanan & Mencuci Jumlah: 30 buah keluarga Sukarelawan: