Genosid di Gaza telah menyebabkan kerosakan besar-besaran di wilayah Palestin itu. Menurut data Pejabat Koordinasi HalEhwal Kemanusiaan PBB(UNOCHA), setakat 15 Januari 2025 serangan Israel telah menyebabkan 92% rumah kediaman, 88% sekolah, 68% jalan raya dan 68% tanah pertanian musnah sementara hanya 50% hospital sahaja yang dapat berfungsi dengan baik.
Gencatan senjata yang berjaya dicapai pada 19 Januari 2025 memberi sinar baru kepada penduduk Gaza. Bantuan kemanusiaan telah mula dibenarkan masuk dan penduduk dibenarkan pulang ke kawasan kediaman mereka walaupun kebanyakan rumah telah pun musnah.
Kita telah menyaksikan genosid selama 470 hari tanpa henti. Kita juga sudah kehabisan air mata menangisi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza. Kini, genosid telah berjaya dihentikan. Sudah tiba masa untuk kita berhenti bersedih dan membantu untuk membina semula Gaza.
Jom, bantu Bina Semula Gaza!
Serangan Zionis Isr4el telah menyebabkan banyak rumah musnah dan rosak. Sekatan ekonomi pula telah menyebabkan kos bahan-bahan binaan menjadi terlalu mahal dan tidak mampu ditampung oleh rakyat termiskin di Gaza.
Justeru, MyCARE mengambil inisiatif membantu membaik-pulih rumah penduduk termiskin di Gaza agar mereka dapat hidup dengan lebih selesa. Keluarga yang terpilih adalah dari kalangan ibu tunggal, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU).
Serangan Zionis Isr4el telah menyebabkan ramai penduduk Gaza mengalami kecacatan anggota. Sekatan ekonomi pula telah menyebabkan hospital dan klinik mempunya masalah bekalan ubat dan peralatan perubatan. Lebih menyayat hati, ada hospital dan klinik yang menjadi sasaran serangan rejim Zion!s.
Bagi mengurangkan beban sektor kesihatan di Gaza, MyCARE telah mengambil peranan membekalkan ubat-ubatan dan peralatan, menaja kos rawatan pesakit dari kalangan asnaf, menganjurkan pemeriksaaan kesihatan percuma serta membekalkan kenderaan kepada pusat kesihatan terpilih supaya akses kesihatan dapat diperluaskan.
Sekatan ekonomi serta siri-siri serangan Zionis telah mencampak ramai penduduk Gaza ke lembah kemiskinan.
Justeru, MyCARE bersama agensinya Rose2Rose, telah menggerakkan projek “Pemerkasaan Wanita” yang memberi fokus kepada usaha membantu rakyat Gaza khususnya ibu tunggal menjana pendapatan untuk menampung keperluan keluarga mereka.
Pejabat MyCARE di Gaza menerima aduan, rayuan dan permintaan daripada banyak pihak setiap hari. Sebahagian permintaan ini tidak menelan kos yang tinggi tetapi boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan mereka.
Justeru, MyCARE melancarkan projek “Simple Dreams” untuk menunaikan impian-impian mereka. Berikut adalah sebahagian daripada mereka yang telah kami bantu.
Bassem Hamid dan isterinya telah berkahwin selama 10 tahun tetapi belum dikurniakan anak. MyCARE taja prosedur IVF untuk pasangan ini. Subhanallah pasangan ini dikurniakan sepasang kembar.
Sekatan ekonomi serta siri-siri serangan Zionis telah mencampak ramai penduduk Gaza ke lembah kemiskinan.
Justeru, MyCARE bersama agensinya Rose2Rose, telah menggerakkan projek “Pemerkasaan Wanita” yang memberi fokus kepada usaha membantu rakyat Gaza khususnya ibu tunggal menjana pendapatan untuk menampung keperluan keluarga mereka.