[BreakTheSiege] MyCARE tetap berazam teruskan misi

18 delegasi dari Malaysia tiba di KLIA jam 2.45 petang hari ini setelah mengikuti latihan terakhir persiapan misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla Coalition di Istanbul, Turkiye sejak 18 April yang lalu.

 

Susulan perkembangan terbaharu, misi pelayaran ke Gaza terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumum kelak oleh pihak Freedom Flotilla Coalition setelah pihak rejim Israel memberi tekanan hebat kepada Republik Guniea-Bissau untuk menarik balik benderanya daripada kapal utama misi ini iaitu Akdeniz (Mediterranean).

 


 

 

 

 

Pihak FFC juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Republic of Guinea-Bissau yang tunduk kepada Israel untuk tidak beri kebenaran guna benderanya bagi misi pelayaran tersebut.

 

Mengulas lanjut, Pengerusi MyCARE Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha berkata ini semua antara taktik kotor yang dilakukan oleh pihak rejim Israel bagi percubaan menggagalkan misi bantuan ke Gaza.

 


 

 

 

 

 

 

 

Menurut beliau lagi, pihak MyCARE juga telah berhubung dengan Kerajaan Malaysia bagi menyokong kerajaan Republik Guinea-Bissau untuk memberi kebenaran menggunakan bendera negara terbabit.

 

Pada masa sama, pihak FFC juga sedang berusaha mendapatkan bendera negara lain dengan melakukan pendaftaran negara yang bakal terbabit bagi membolehkan pelayaran misi bantuan ke Gaza dapat dilakukan dalam masa terdekat.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember