Coretan Misi Sukarelawan Cianjur: KeAngkaSA #2

“Alhamdulillah, terima kasih Allah. Saya masih diberi peluang sekali lagi untuk menyertai misi bersama MyCARE.”
 
Setiap misi itu lain pengalaman, lain ceritanya. Saya berpeluang mendengar sendiri cerita daripada penduduk yang terkesan dengan gempa bumi, malah masih ada yang mengalami trauma dengan gempa yang berlaku. Allah S.W.T pilih mereka, untuk beri pelangi indah selepasnya.
 
Alhamdulillah. saya juga berpeluang berkenalan dan diberikan anugerah terindah keluarga angkat di sana walau hanya beberapa jam bersua. Semoga tautan ukhuwwah antara dua negara ini berkekalan.
 
Misi yang membuka mata saya, yang mengajar saya erti syukur, sabar, ikhlas, ukhuwah, pengorbanan dan sebagainya. Semoga kita menjadi pemula untuk menggerakkan kebaikan-kebaikan dan mewarnai dunia dengan bunga-bunga kebaikan. Siapa lagi kalau bukan kita kan?
 
Semoga terus kuat dalam mengharungi liku dunia.
Berharap agar langkah ini terus kuat.
Berharap agar semangat ini hingga ke akhir nafas, tidak dipertengahan jalan saja. Saya cintakan jalan ini, medan ini, ruang ini.
 
“There is nothing more beautiful than someone who goes out of their way to make life beautiful for others”.
 
Selamat memaknai erti MEMBERI.
 
Wan Muslihah Wan Azrie,
Ahli Misi Cianjur

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali