Dari Surirumah Tanpa Pendapatan, Kini Menjadi Usahawan Kecil-kecilan

Puan Jamilah Hanchus, asalnya hanya seorang suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan.

 

Dengan tekad dan sokongan penuh daripada pasangan dan keluarga, beliau menyertai Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di Sabah, anjuran KPKT dengan kerjasama MyCARE.

 

Beliau memperoleh pengetahuan dan kemahiran sepanjang kursus 7 hari 6 malam ini untuk menjadi usahawan makanan dan minuman.

 

Dilengkapi dengan peralatan dan kemahiran yang dipelajari, beliau membuka perniagaan pau, kuih-muih tradisional dan aiskrim yang dapat membantu serba sedikit ekonomi keluarganya.

 

 

Program PEKB bukan sahaja memberi kemahiran dan pengetahuan, malah memberi satu sinar baru untuk membantu beliau keluar dari kemiskinan.

 

Alhamdulillah dan tahniah Puan Jamilah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada