Day 2 | Misi Sukarelawan Pedalaman Sabah | Aktiviti psikososial

Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba. Ternyata kanak-kanak yang dirai ini lebih teruja berbanding kami, ahli misi dan sukarelawan. Sebagai bukti, apabila kami tiba di SK Tanaki, Papar pada jam 8.15 pagi, sebahagian daripada kanak-kanak ini telah pun tiba terlebih dahulu dan turut menyambut kami dengan senyuman.

 

Mereka dijamukan dengan aktiviti psikososial dimana aktiviti yang dijalankan adalah berkonsepkan ‘Explorace’ dan melibatkan pelajar tahap 1 dan 2. Tema bagi kesemua 6 aktiviti STEM ialah sukaneka, matematik, sains, kraf seni halus, amalan mencuci tangan dan kekemasan diri.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 


 

 

Kanak-kanak seramai 62 orang yang terdiri dari Darjah 1 hingga Darjah 6 ini telah dibahagikan kepada 6 kumpulan berupa nama haiwan iaitu kumpulan Ayam, Gajah, Harimau, Kucing, Kambing dan Monyet. Terzahir reaksi wajah gembira dan teruja mereka semasa melakukan aktiviti tersebut.

 

Semoga program ini dapat memberi semangat yang baharu sebagai permulaan persekolahan 2023 serta memberi motivasi buat pelajar SK Tanaki untuk terus menjadi pelajar cemerlang dalam pelajaran dan di masa hadapan. Insya Allah.

 


 

 

 

 

 

 


 

 

 

Terima kasih penghargaan buat MyCARE Sabah, IKRAM Papar, Hidayah Centre Foundation Sabah dan semua sukarelawan yang bersama menjayakan program ini. Terima kasih juga buat seluruh warga SK Tanaki dan ibu bapa para pelajar yang turut bersama memeriahkan program.

 

Tidak dilupakan para penyumbang kerana anda turut termasuk daripada sebahagian yang menggembirakan kanak-kanak ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali