Day 2 | Misi Sukarelawan Pedalaman Sabah | Penyerahan sumbangan Back2School

Barangan Back2School telah disampaikan kepada pelajar SK Tanaki Papar dalam satu majlis yang diadakan semasa misi psikososial ke sekolah tersebut.. Majlis dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Tuan Joseph Gonsu Ginsi, Ketua Kampung Tanaki dan disusuli oleh Cikgu Othman Kasim, Guru Besar SK Tanaki, Papar serta ucapan daripada ketua misi iaitu Bro Mus’ab Amiruddin.

 

Dalam ucapan majlis penyerahan tersebut, Cikgu Othman berkata, “MyCARE merupakan NGO pertama yang membuat aktiviti psikososial bersama anak-anak dan memberikan sumbangan Back2School kepada SK Tanaki.” Tambah beliau, “Saya berharap perkara yang baik sebegini dapat diteruskan dan moga-moga SK Tanaki dapat dijadikan sebagai sekolah angkat bagi pihak MyCARE.”

 


 

 

 

 

Encik Joseph turut berkata, “Terima kasih kepada pihak MyCARE, IKRAM Sabah dan Hidayah Centre Foundation kerana sudi berkunjung ke kampung kami serta melakukan aktiviti bersama anak-anak di sini, khususnya di SK Tanaki serta menyantuni ibu bapa yang juga merupakan penduduk Kampung Tanaki.”

 

Seramai 64 orang murid dari SK Tanaki, Papar Tahap 1 dan Tahap 2 telah menerima pek barangan Back2School sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah pada sesi akan datang.

 

Amanah besar ini telah pun kami sampaikan dengan sepenuhnya. Kanak-kanak juga kelihatan sangat teruja dan gembira apabila menerima pek Back2School tersebut.

 


 

 


 

 

Kata-kata terakhir oleh ketua Misi, Mus’ab Amiruddin,”Semoga dengan aktiviti psikososial yang dijalankan, anak-anak gembira dan boleh mengamalkan nilai dan pengajaran daripada aktiviti tersebut di dalam kehidupan seharian nanti.

 

Tidak lupa juga, semoga pemberian sumbangan BackSchool kali ini, akan menambahkan lagi semangat anak-anak untuk terus menuntut ilmu.”

 

Semua maklum balas dan luahan ini memberi inspirasi buat kami untuk terus semangat dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Aamin Ya Rabb.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember