Day 3 | Misi Sukarelawan Pedalaman Sabah | Latihan asas buat bakal sukarelawan

Kami sempat menganjurkan satu kursus latihan asas kesukarelawanan atau Training of Volunteers  (TOV) – Basic yang bertempat di Pejabat IKRAM Sabah, Putatan sewaktu misi dijalankan.

 

Seramai 20 orang peserta yang penuh semangat telah mengikuti kursus ini sehingga selesai. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta.

 

Kursus latihan kesukarelawanan ini dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Encik Abraham, Ketua Sekretariat MyCARE Sabah dan sedikit perkongsian berkaitan IKRAM oleh Encik Normen Halusran. Seterusnya, para peserta didedahkan dengan aktiviti dan projek MyCARE oleh Saudara Mus’ab Amiruddin serta definisi kesukarelawanan oleh staf MyCARE Pusat, Sis Nur Khairiah.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semoga sedikit sebanyak perkongsian yang disampaikan telah memberi impak positif buat para peserta dalam menambah pengetahuan masing-masing untuk menyumbang dalam dunia kemanusiaan ini.

 

Program diakhiri dengan rantaian maklum balas yang positif dari kalangan peserta.

 

Semoga kita berjumpa lagi di sesi TOV yang seterusnya. Nantikan pengumuman berikutnya.

 

Jom daftar sukarelawan di website MyCARE:

 

Ikuti saluran Telegram untuk mengetahui aktiviti sukarelawan:

 

“Nurturing Humanity, Make a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk