Kehancuran melata. Hampir semua bangunan yang dahulunya berdiri megah kini ranap. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa runtuhan yang menjadi bukti kepada pengeboman tak berperikemanusiaan rejim Zionis laknatullah.
“Tidak ada perkataan dalam bahasa Arab yang dapat menggambarkan kemusnahan yang kami lihat,” kata Mariam Abu Shahla, seorang ibu dari kejiranan Tel al-Hawa di bandar Gaza.
Tiada apa yang tersisa di kawasan kejiranannya; seolah-olahnya semuanya telah lenyap ditelan bumi. Yang tinggal hanyalah timbunan batu-batu runtuhan.
“Runtuhan ini telah menelan segala-galanya. Rumah yang dahulunya dipenuhi dengan kenangan kini menjadi kubur kepada impian kami. Segalanya sunyi dan sepi; seolah-olah tiada kehidupan pernah wujud di sini,” suaranya serak menahan kesedihan.
Mariam berdiri di atas tanah yang pernah menjadi tempatnya membesar. Tempat itu kini tiada dinding untuk berlindung, tiada pintu untuk diketuk, dan tiada bumbung untuk berteduh.
“Ini bukan rumah. Ini bukan kepulangan. Ini adalah neraka akibat tangan-tangan penjajah,” kata Mariam sambil menghela nafas panjang.
Di sebalik rintihan ini Mariam tetap berazam untuk terus membina kenangan yang baru. Ini bukan kali pertama Gaza menjadi mangsa pengeboman rejim Zionis. Setiap kali Gaza dimusnahkan, rakyatnya tetap bangkit semula. Bangunannya mungkin musnah tetapi semangat rakyatnya tidak pernah berjaya dipadamkan. Begitulah kentalnya semangat juang mereka.
Benarlah sabda Rasulullah SAW: “Akan ada sekelompok dari umatku yang akan sentiasa berjuang bersama-sama dengan kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak akan dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian. Maka para sahabat bertanya, Di manakah mereka, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: “Di Baitul Maqdis dan sekitarnya.” (Riwayat Ahmad, 22320)
***
Ramadan bakal melabuhkan tirai namun saudara kita di Gaza masih perlu diberikan perhatian untuk membina kehidupan mereka semula dikala ditekan oleh pihak penjajah.
Sesungguhnya mereka berhak untuk merasai nikmat Ramadan seperti setiap insan di dunia.
Kongsi rezeki dan salurkan sumbangan anda:
https://mycare.qrd.by/myramadan
ATAU
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan
Hantar bukti pembayaran ke:
http://wasap.my/60166366369 atau myramadan@mycare.org.my
[MyRamadan] Syria terus diuji, tetapi kita tidak pernah berhenti
Alhamdulillah, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, MyCARE telah berjaya mengagihkan 5,000 ikat roti kepada keluarga asnaf di Syria yang sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan.