Dr. Fauziah dianugerah Tokoh NGO Islam

PUTRAJAYA, 3 Ogos 2017 – Dr. Fauziah Mohd Hasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan juga selaku Penasihat Rose2Rose (R2R), menerima Anugerah Tokoh NGO Islam (kategori wanita).
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah tersebut kepada Dr. Fauziah di sebuah majlis yang julung kali diadakan, “Ulama~Umara + NGO Islam Bersama YAB Perdana Menteri” di Putrajaya International Convention Centre (PICC).




Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Anugerah tersebut diberikan atas kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukan oleh Dr. Fauziah sejak awal tahun 2000, antaranya misi-misi kemanusian di Maluku, Bosnia, Afghanistan, Palestin, Syria dan juga di dalam Malaysia.
Pada awal Oktober 2016, Dr. Fauziah bersama 13 wanita dari pelbagai negara, latar belakang dan agama menaiki sebuah perahu layar di dalam misi “Women’s Boat to Gaza (WBG)” untuk memecah kepungan rejim zionis di Gaza, Palestin.
Misi tersebut meraih semula perhatian masyarakat dunia berkenaan situasi semasa di Gaza apabila kesemua ahli misi dipaksa untuk mengubah haluan di perairan antarabangsa seterusnya ditahan di penjara rejim zionis Israel.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan khas kerajaan berjumlah RM2 juta kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagai menghargai sumbangan dan peranan berterusan mereka dalam proses membina negara.
Dato’ Seri Najib turut menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Agama Sepanjang Zaman kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria atas peranannya dalam menyemarakkan syiar Islam di Malaysia.
Pada majlis sama, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad diumumkan Tokoh NGO Lelaki dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa diumumkan sebagai Tokoh NGO Belia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali