Dua Orang Pelajar Asnaf Mualaf Tajaan MyCARE

Pengurus Besar Operasi, Puan Roha Hassan bersama dua orang kakitangan MyCARE, En. Ahmad Harith dan En. Muhammad Danial berkesempatan menziarahi dua orang asnaf tajaan MyCARE di Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah, semalam.

 

Mereka berdua yang berasal dari Filipina ini merantau jauh untuk mendapatkan ijazah dalam bidang berikut;

 

1. Cik Baquio Maravel – Bidang Pengurusan Perniagaan (Pemasaran)
2. ⁠Cik Benigay Anabe – Bidang Pendidikan

 

Setakat ini, kedua-duanya mendapat sokongan yang baik dari pihak Universiti dan rakan-rakan.

 

Mereka amat berbesar hati atas bantuan MyCARE, Pihak universiti dan rakyat Malaysia yang telah merealisasikan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.

 

 

Azam mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh hingga menggenggam segulung ijazah dan kembali berbakti kepada keluarga dan masyarakat.

 

Anda boleh membantu MyCARE merealisasikan impian lebih ramai golongan yang memerlukan dengan menyumbang ke Tabung Asnaf MyCARE.

 

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali