BALAKONG, 21 April 2018 – MyCARE telah membuka ruang pameran di ECONSAVE Balakong untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan membantu dalam pendidikan pelarian di dalam negara supaya mereka dapat kembali ke negara masing-masing dan pulang memberi manfaat kepada negara mereka.
Dengan tema “Support Education, Save Refugees”, acara ini telah dirasmikan oleh Pengurus Am Econsave Malaysia, Ms. Lim Yoke Foong dan juga Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Econsave Malaysia kerana memberi ruang kerjasama untuk kami mengadakan kempen kesedaran tersebut. Tidak lupa juga kepada pengunjung Econsave yang telah menyumbang dan menyertai kempen ini.
Sumbangan untuk Tabung Pendidikan MyCARE boleh dibuat di www.billplz.com/educationfund.
Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand
Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada