EduTrip Anak Yatim Rohingya ke Aquaria

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2019 – Alhamdulillah! Impian buat anak-anak yatim dan asnaf pelarian Rohingya telah menjadi kenyataan dengan penerokaan di dasar lautan yang penuh ceria ke Aquaria, KLCC. Lawatan sambil belajar ini melibatkan 38 orang anak yatim dan asnaf Rohingya dari Madrasah Muiinul Islam di Klang, Tahfiz Al-Amin MyCARE serta Pusat Komuniti Rohingya, Sungai Tekali.

Pengembaraan di alam lautan menjadi meriah dengan senyuman dan keterujaan anak-anak ini yang rata-rata baru pertama kali melihat starfish, jellyfish, piranha, sea turtle, ikan jerung, ikan pari dan pelbagai lagi spesis ikan.

“Ikan jerung itu sangat besar! Saya dapat mengenali banyak jenis ikan dan haiwan yang tidak pernah saya jumpa sebelum ini, hebat dan cantik ciptaan Allah S.W.T,” ujar seorang anak yatim kepada sukarelawan yang mengiringi sewaktu melalui bawah terowong Aquarium yang dipenuhi ikan.

Pihak MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penaja dari KFC Malaysia, Animonsta Studios, Faber Castell, Etika Beverages dan Rumah Muffin serta individu penaja yang telah menaja tiket, makanan dan minuman serta cenderahati untuk anak-anak yatim ini.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Terima kasih juga kepada pihak Aquaria, KLCC serta sukarelawan yang membantu kami sepanjang program berlangsung dan telah mengerah tenaga dari awal persediaan, menyantuni anak-anak yatim ini sehinggalah mereka pulang ke madrasah masing-masing.

Terima kasih juga kepada pihak Aquaria, KLCC serta sukarelawan yang membantu kami sepanjang program berlangsung dan telah mengerah tenaga dari awal persediaan, menyantuni anak-anak yatim ini sehinggalah mereka pulang ke madrasah masing-masing.

Mari bersama kami menjadi salah seorang penaja untuk program Penajaan Anak Yatim MyCARE di Palestin, Syria, Iraq, Filipina dan Rohingya agar lebih ramai anak-anak dapat mencipta impian untuk masa depan yang lebih indah.

Borang online boleh didapati di sini:

Sumbangan umum boleh dimasukkan atas nama:

Humanitarian Care Malaysia Berhad

Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592

JomPay Biller code – 6197

Hantarkan bukti pembayaran ke :
account@mycare.org.my / 013-744 4760 (WhatsApp)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit