Elakkan Kebuluran Kanak-kanak Filipina

Pada Mac 2024, peratusan kelaparan dalam kalangan keluarga di Filipina meningkat berbanding akhir tahun lalu. 14.2% daripada keluarga Filipina akan kelaparan atau tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan.

Krisis makanan yang berterusan telah memberi kesan kepada kehidupan dan perkembangan kanak-kanak di Filipina. Mereka terdedah kepada isu kesihatan seperti penyakit, pertumbuhan terbantut, dan kelewatan perkembangan. Oleh itu, MyCARE telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak di Filipina melalui Projek Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina.

Projek ini adalah berbentuk penajaan kewangan yang mana ianya boleh digunakan untuk memenuhi keperluan harian seperti perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan. Ringkasnya, projek penajaan ini bertujuan untuk menangani punca kelaparan dan memastikan kanak-kanak di Filipina mendapat akses kepada makanan berkhasiat.

Mari pecahkan kitaran kelaparan dalam kalangan anak-anak di Filipina!

Taja anak yatim Filipina secara bulanan atau tahunan di:
http://donate.mycare.org.my/sponsorship

Atau salurkan sumbangan anda kepada anak yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/tajayatim

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali