Fasa pembungkusan pek makanan MyRamadan 1438H

Dari tangan anda ke tangan mereka!
Alhamdulillah. team kami di Gaza telah siap packing 6,000 unit pek makanan yang terdiri daripada 16 jenis makanan.
MyCARE Gaza sedang mengadakan satu konvoi kemanusiaan gergasi di Gaza hasil sumbangan anda dalam kempen MyRamadan 1438H. Pek makanan ini akan diagihkan di 12 check point di seluruh Gaza.
Bagi memastikan sumbangan anda sampai tepat pada yang memerlukan, pegawai kami di Gaza telah mendapatkan data dan maklumat yang terperinci hasil kerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin dan bantuan 27 NGO tempatan. Ini bermaksud sumbangan anda akan sampai kepada saudara kita yang benar-benar memerlukan.





Kami sentiasa menitikberatkan hal-hal sebegini supaya sumbangan ikhlas anda sampai kepada penerima yang layak. MyCARE Gaza sering berkerjasama dengan kerajaan Palestin di Gaza seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Sosial dan banyak lagi.
Pengagihan ini akan dieedarkan selama 7 hari. Bagi penerima manfaat yang tidak berkemampuan untuk mengambil sumbangan seperti warga tua, sukarelawan kami akan menyampaikan terus ke rumah mereka.
MyCARE Gaza juga sedang bertungkus-lumus untuk mengadakan majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yatim, orang-orang tua, pengamal perubatan (doktor, jururawat dan lain-lain) dan para guru. Para doktor dan guru ini diraikan khas atas keikhlasan mereka berkerja tanpa meminta gaji tinggi dan tetap meneruskan pekerjaan mereka walaupun sejumlah besar gaji mereka tertunggak.
Majlis iftar ini akan disediakan khas dari Dapur Kebajikan MyCARE atas bantuan sukarelawan MyCARE di Gaza.
Untuk pengetahuan anda, MyCARE telah diiktiraf sebagai NGO Malaysia yang paling banyak menghantar sumbangan ke Palestin. Baru-baru ini, MyCARE juga telah menerima status perundingan khas daripada Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC), United Nation. (Ketahui lebih lanjut di http://www.un.org/en/ecosoc/about/).
Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita dari 21 buah negara belum lagi mendapat Tajaan Makanan dan Hadiah Raya.
Jom bersama kami membantu mereka! Ayuh terus menaja makanan mereka!
Derma segera di https://www.billplz.com/myramadan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bakul Makanan Gaza

Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza berdepan dengan kelaparan dan kekurangan makanan akibat gangguan bekalan makanan. Dengan hanya RM200, anda dapat menyediakan pek makanan yang

Bantuan khemah untuk rakyat Gaza

Di Gaza, ribuan keluarga kini hidup dalam kerumitan selepas rumah mereka musnah akibat serangan yang berterusan. Dalam keadaan ini, tempat berlindung adalah keperluan paling mendesak.

Tabung Pemulihan Gaza

Selepas gencatan senjata yang dicapai pada 19 Januari 2025, penduduk Gaza kini memerlukan kemasukan bantuan sesegera mungkin.Berikut adalah statistik terkini mengenai kemusnahan di Gaza selepas

UNITEN anjur Fundraising for Gaza

Telah berlangsung majlis pra pelancaran Fundraising for Gaza anjuran Universiti Tenaga (UNITEN) dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).   Majlis ini juga menyaksikan serahan sumbangan