Forum Kemanusiaan & Pembangunan Palestin di Doha

QATAR, 8-10 Mac 2017 – Telah berlangsung “The Humanitarian and Developmental Forum For Palestine (HDFP) yang dainjurkan oleh Qatar Charity di The Westin Hotel, Doha. Lebih 200 peserta dari seluruh dunia yang mewakili pelbagai NGO kemanusiaan hadir.
Objektif utama persidangan alalah unutk membincangkan strategi dan langkah proaktif bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Gaza melalui kerjasama strategik.
MyCARE diwakili oleh Ahli Pemegang Amanah, Dr Mohd Zin Kandar di persidangan tersebut. Pelbagai agenda dibincangkan dan pelbagai projek dikenalpasti dan dicadangkan untuk dilaksanakan di Gaza, Tebing Barat dan Kawasan Msjid Al-Aqsa.






Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif
Qatar Charity sebagai penganjur persidangan mengurus dan menjayakan persidangan dengan sangat baik dan berkesan. Perwakilan dari Universiti Islam Gaza, dari NGO terkemuka dan berpengalaman membentangkan status keadaan dan langkah-langkah bantuan.
Di akhir persidangan sejumlah Qatari Rial13,600,000.00 (USD3,736,263) iaitu merangkumi empat sektor iaitu Education, Health, Economic Empowerment dan Social Welfare.
Persidangan ini telah memberi peluang MyCARE memperkenal dan mempereratkan kerjasama di dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan bersama rakan NGO antarabangsa yang sedia terjalin dan yang baru.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali