Freedom Land Convoy 4 Palestine

Sebentar tadi, konvoi kemanusiaan Freedom Land Convoy 4 Palestine telah berjaya disempurnakan dengan penuh semangat dan dedikasi.

 

Bermula dari ibu pejabat MyCARE di Seri Kembangan hingga ke Port Dickson, konvoi yang disertai oleh 50 buah motosikal dan 3 buah kereta ini membawa lebih daripada sekadar bantuan — ia membawa harapan dan sokongan untuk saudara-saudara kita di Palestin.

 

Sorotan Hari Program:

 

Kami memulakan perjalanan dengan meriah di Seri Kembangan, di mana para peserta berkumpul dengan penuh semangat dan tekad untuk menjayakan misi ini.

 

Hentian pertama di R&R Seremban memberi peluang kepada kami untuk bertemu dengan orang awam untuk mengedar flyers bagi meningkatkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin.

 

 

 


 

 

 

 

 

 

Setibanya di Masjid Politeknik Port Dickson, kami bersatu dalam doa, menunaikan Solat Hajat dan Solat Zuhur memohon keberkatan dan keamanan untuk Palestin.

 

Perkongsian pendek juga diberikan oleh Dr. Abdul Rahim Shehab.

 

Destinasi akhir di Pantai Teluk Kemang dipenuhi dengan momen-momen penuh kemeriahan, di mana para peserta konvoi disambut oleh masyarakat setempat. Kami turut mengadakan chanting solidariti yang sangat berjaya.

 

Konvoi ini bukan hanya mengenai keseronokan, tetapi tentang tujuan yang dikongsi bersama — kemanusiaan. Bersama-sama, kita telah membuktikan bahawa walaupun terpisah oleh sempadan, hati kita tetap bersatu demi keadilan dan keamanan.

 


 

 

 

 

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, sukarelawan, dan penyumbang yang menjayakan program ini.

 

Terima kasih khas kepada rakan kerjasama kami, BDS Malaysia, MYIKRAM Bikers, Wings Motor Gang Society, Geng Motor Kita, Majestic Motor Bikers serta group bikers yang lain, yang turut serta dalam menjayakan misi ini.

 

Semoga Allah memberkati usaha anda semua dan melipatgandakan ganjaran atas dedikasi anda terhadap kemanusiaan.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bulan Anak Yatim MyCARE 2025

Ramadan Kareem buat semua yang sentiasa dan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan MyCARE.   Setiap tahun, Bulan Anak Yatim (BAY) MyCARE akan dijalankan untuk memberi peluang

MyCARE X Econsave agih air minum

MyCARE dengan kerjasama Islamic Society of Beit Lahia dan sokongan pembiayaan daripada Econsave telah berjaya melaksanakan Projek Pengagihan Air Minum di kawasan Beit Lahia, Gaza.

Projek Pemulihan Telaga Air – Fasa 2

MyCARE Gaza dengan kerjasama Majlis Perbandaran An-Nuseirat dan sokongan Media Prima telah berjaya membuat pemulihan Telaga Al-Intisar, yang kini memberikan akses air bersih kepada lebih

[MyRamadan Gaza] Hari ke-4 misi

Delegasi MyCARE berkesempatan menziarahi Rakan Kerjasama MyCARE di Mesir iaitu Medics Worldwide.   Tujuan ziarah ini bagi melihat dan membuat penilaian-audit rakan perlaksana bagi bantuan