Misi Gifts of Smiles 7.0 diteruskan dengan pelaksaan aktiviti psikososial bersama 200 orang anak yatim.
Anak-anak yatim ini merupakan anak-anak yang terselamat dari serangan rejim Assad ke atas rakyatnya sendiri.
Pelbagai aktiviti diadakan bagi merawat trauma dan membantu mengembalikan keyakinan serta berkongsi kasih sayang bersama mereka.
Tambahan, anak-anak yatim ini juga menerima hadiah sumbangan USD 25 serta alat permainan.
Jazakumullahu khairan kathira kepada para penyumbang MyCARE atas sumbangan anda. Generasi ini bakal bangkit atas kasih sayang anda.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”