Hadiah paling istimewa

Sedikit emotional story kami ingin berkongsi hari ini mengenai adik Lian Emad.

Ditakdirkan adik ini cacat sebelah mata akibat jatuh terkena kaca semasa kecil. Disebabkan itu, Emad menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan dia berhenti ke sekolah selama 3 tahun.

Ibu Emad dari kalangan orang susah. Setiap hari anaknya meminta untuk menjadi seperti kanak-kanak lain. Yelah, Emad dibesarkan serba serbi kekurangan, melalui perang yang maha dahsyat, dibuli rakan sekolah. Motivasinya hilang, ditambah trauma perang pula.

Alhamdulillah, doa dan usaha ibunya selama 7 tahun telah diperkenankan melalui keprihatinan rakyat Malaysia yang menyumbang melalui MyCARE dalam tabung Medical4Gaza dengan kerjasama Econsave. Ibunya telah memohon bantuan di banyak tempat kerana kos nya agak tinggi demi melihat anaknya kembali ceria. Akhirnya kami dipertemukan.

Emad adalah masa depan Gaza. Generasi yang bakal meneraju Gaza suatu hari nanti. Terima kasih kepada para dermawan yang memberikan sumbangan melalui MyCARE.

MyCARE dengan kerjasama pasar raya Econsave telah memberikan bantuan rawatan ocular prosthesis atau artificial eye kepada 10 orang pesakit mata (OKU) bagi meringankan beban mereka serta membantu memberikan motivasi dan semangat dalam kehidupan seharian mereka. Emad sangat gembira dengan hadiah ini.

Terima kasih kerana mengukirkan senyuman kepada mereka.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali