PULAU PINANG, 12 November 2017 – Misi Bantuan Banjir diteruskan pada hari keenam. Para sukarelawan kami bekerjasama dengan Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu SPU untuk menjalankan proses pembersihan di 2 rumah di Sungai Lokan, Sg Dua dan meneruskan penghantaran baki pek makanan ke Kg Air Itam Luar, Permatang Berangan dan Kg Nyior Sebatang.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Terima kasih kepada semua penyumbang budiman yang menyumbang untuk Tabung Banjir Utara.
MyCARE bertemu Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia
MyCARE berpeluang meluaskan jaringan kerjasama kemanusiaan melalui pertemuan rasmi bersama Tuan Muhammad Anis Matta, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia bertempat di Gedung Konstitusi, Jakarta.