PULAU PINANG, 9 November 2017 – Misi Bantuan Banjir diteruskan pada hari ketiga. Kami menjalankan pembersihan di Klinik Dr. Wan Noor di Sungai Dua dan sebuah rumah di Sungai Lokan.
Pada malamnya kami bermesyuarat bersama Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu Pulau Pinang untuk koordinasi kerja-kerja pembersihan yang akan dijalankan pada jumaat sehingga ahad ini. Turut bersama semalam ada wakil dari BBNGO yang bekerjasama rapat dengan pihak NADMA dan Pejabat Pegawai Daerah SPU dan SPT.
Terima kasih kepada semua penyumbang budiman yang menyumbang untuk Tabung Banjir Utara.
Alhamdulillah kutipan sudah mencapai RM 20,000!
Sumbangan masih dibuka!
Anda boleh menyumbang secara ONLINE disini: www.billplz.com/banjirutara
MyCARE bertemu Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia
MyCARE berpeluang meluaskan jaringan kerjasama kemanusiaan melalui pertemuan rasmi bersama Tuan Muhammad Anis Matta, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia bertempat di Gedung Konstitusi, Jakarta.