Hari terakhir Misi MyCARE ke Jordan

Sebelum berangkat pulang ke tanah air, pasukan MyCARE berkesempatan melawat Namaa, sebuah NGO yang aktif dalam melahirkan sukarelawan bagi pelbagai aktiviti pembangunan komuniti setempat.

 

Berpusat di Zarqa, Jordan, Namaa kini mempunyai 200 orang sukarelawan terlatih yang memainkan peranan penting dalam usaha bantuan dan pembangunan komuniti di rantau tersebut.

 

Kunjungan ini turut dihadiri oleh Tn. Ali Ahmad Altous, Presiden Namaa; Ehab Ali Awwad, Pengurus; dan Eng. Mohammad Qandeel, Pegawai Perhubungan Awam.

 

Perbincangan yang berlangsung membuka peluang untuk memperkukuhkan hubungan antara MyCARE dan Namaa, serta meneroka kerjasama masa depan bagi memastikan lebih ramai komuniti yang memerlukan dapat dibantu.

 


 

 

Pasukan MyCARE amat terinspirasi dengan komitmen Namaa dalam membangunkan kapasiti sukarelawan dan menyokong masyarakat di Jordan.

 

Kerjasama erat antara NGO seperti ini adalah bukti bahawa usaha kolektif mampu membawa impak besar kepada komuniti yang terjejas.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.   Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai