Hi Tea Fundraiser MyCARE kumpul RM528,500

Perjalanan MyCARE Road Tour dimulakan dengan majlis Hi Tea bersama para fundraiser MyCARE di Palm Garden Hotel Putrajaya.
 
Majlis yang dihadiri daripada wakil korporat, badan kerajaan dan individu ini dibuka dengan bacaan ayat suci al-Qur’an dan terjemahan daripada 2 orang anak tahfiz Rohingya dari Sekolah Tahfiz MyCARE Sri Serdang.
 
Dalam ucaptama Pengerusi MyCARE yang baru, Dato’ Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha berikrar untuk komited memberikan yang terbaik dalam aspek ketelusan, integriti, dan good governance.
 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Majlis diteruskan dengan gimik penyerahan mock cheque bersama fundraiser MyCARE yang berbesar hati memberikan pledge sumbangan dengan dana terkumpul sebanyak RM413,000 pada awal majlis berlangsung.
 
Para hadirin juga dihiburkan dengan nyanyian daripada Daqmie dan persembahan tarian daripada anak-anak Palestin kumpulan al-Zaytouna.
 
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para fundraiser yang hadir menyerikan majlis Hi Tea Fundraiser MyCARE 2022.
 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Pada akhir majlis, dana sumbangan telah meningkat sehingga RM528,500.
 
MyCARE berikrar untuk mengekalkan urus tadbir yang baik, ketelusan dan integriti dalam menguruskan dana awam.
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada