Terima kasih kepada para dermawan di Malaysia!
Alhamdulillah sebahagian daripada sumbangan anda untuk Gaza pada bulan Ramadan ini telah selamat kami disalurkan kepada pasukan perubatan yang sedang bertugas di sempadan Gaza melalui team MyCARE di Gaza dan disaksikan oleh Dr. Mohd Zin Kandar yang kini berada di sana.
Dr. Mohd Zin Kandar juga berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama pasukan perubatan dan sukarelawan yang bertugas.
Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif
Menurut Dr. Mohd Zin, mendengar kisah-kisah mereka yang bertugas sejak 30 Mac lalu sehingga hari ini amat menyayatkan hati apatah lagi apabila mereka kehilangan rakan-rakan setugas seperti Razan an-Najjar di hadapan mata mereka sendiri!
Para petugas perubatan yang hadir mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan rakyat Malaysia yang menyokong dan mendoakan mereka di lapangan. Mereka turut mendoakan kesejahteraan kita di Malaysia!
Teruskan menyumbang ke Tabung Kecemasan Gaza: Operasi Badar 2.0 secara online di www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Saya mohon anda untuk SHARE post ini. Semoga kita dapat membantu rakyat Palestin meringankan beban mereka. Sudah terlalu banyak mereka hadapi rintangan dari rejim Zionis Israel.
Semoga penyumbang-penyumbang dari Malaysia, Indonesia dan Brunei dikurniakan Lailatul Qadar, insya Allah.
Bakul Makanan Gaza
Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza berdepan dengan kelaparan dan kekurangan makanan akibat gangguan bekalan makanan. Dengan hanya RM200, anda dapat menyediakan pek makanan yang