Baru-baru ini, pada 22 Mei dan 26 Mei 2019 kita dikejutkan dengan bedilan-bedilan bom di pasar awam di Maarrat al-Nu’man yang menyebabkan 11 orang terbunuh dan 15 orang cedera.
Pergilah ke mana sahaja, mereka akan rasa tidak tenteram. Anak-anak dan orang tua berkurung sahaja di rumah.
Pasti mereka terfikir apakah dunia luar masih mengambil berat tentang mereka?
Alhamdulillah, sumbangan anda adalah pemangkin semangat mereka.
![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_auto,q_glossy,ret_img,w_800,h_550/http://www.mycare.org.my/wp-content/uploads/2019/05/imans19b.jpg)
![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_auto,q_glossy,ret_img,w_800,h_550/http://www.mycare.org.my/wp-content/uploads/2019/05/imans19c.jpg)
Sumbangan yang diterima pastinya menjadikan mereka lebih bersemangat kerana mereka yakin ada sahabat-sahabat mereka di luar sana sedang memperjuangkan dan membantu.
Satu program Iftar Jamaie telah dilaksanakan kepada penduduk Maarrat al-Nu’man dengan kerjasama NGO Ataa’ Relief.
Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita dari lebih 20 buah negara belum lagi mendapat Pek Makanan, Tajaan Iftar/Sahur dan Hadiah Raya.
Jom bersama kami membantu mereka! Ayuh terus menaja makanan mereka!
Derma segera di
https://mycareproject.org/myramadan/