Iftar Perdana bersama guru & pelajar di Bangladesh

Alhamdulillah. Dengan mengambil fadhilat sunnah Rasulullah, program Iftar Perdana telah dilaksanakan bersama 30 orang guru dan para pelajar di Madrasah Kurkuti Kannada di Sherpur District, Timur Laut Bangladesh (kawasan luar bandar).
Pelaksanaan oleh CDF (Child Development Forum) dengan kerjasama MyCARE. Tajaan iftar ini adalah tajaan dari rakyat Malaysia yang menyumbang dalam tabung MyRamadan 1439H.
Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa dan pastinya pahalanya lebih besar jika diberikan kepada saudara-saudara kita yang kurang berkemampuan. Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi S.A.W..
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan tahun ini.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki insyaAllah.
Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”
*Gambar lanjut akan menyusul.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali