Somalia merupakan salah satu negara di benua Afrika yang telah dihimpit konflik perang saudara dan kemarau berpanjangan sejak 1990-an lagi. Masalah ini telah menyebabkan Somalia ditimpa krisis kebuluran yang begitu dahsyat. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan aktiviti pertanian dan penternakan lumpuh. Bekalan makan yang tidak mencukupi dan kenaikan harga barang telah menyebabkan rakyat terpaksa mengharap ehsan bantuan kemanusiaan.
Justeru, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) terpanggil untuk turut sama membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. MyCARE dengan kerjasama NGO setempat telah mengadakan Iftar Perdana di Mogadishu hasil sumbangan rakyat Malaysia dalam tabung MyRamadan 1439H.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para dermawan yang telah menyumbang ke tabung MyRamadan 1439H. Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”
Bakul Makanan Gaza
Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza berdepan dengan kelaparan dan kekurangan makanan akibat gangguan bekalan makanan. Dengan hanya RM200, anda dapat menyediakan pek makanan yang