Iftar Untuk Hero

Menjelang bulan Ramadan yang mulia ini, MyCARE ingin mengajak anda semua untuk bersama memberi sokongan kepada para aktivis Masjid al-Aqsa.
 
Mereka yang dikenali sebagai murabitoun (lelaki) dan murabitat (wanita) al-Aqsa adalah aktivis yang berjaga dan berkawal di Masjid al-Aqsa, menghalang pencerobohan eksterimis Yahudi, membantah sekatan memasuki Masjid al-Aqsa oleh tentera Zionis dan melindungi kesucian masjid umat Islam ini.
 
Jika anda pernah melihat foto dan video orang Palestin digari, diterajang, dipukul, dibaling gas pemedih mata di sekitar Masjid al-Aqsa, ya.. Itulah murabitoun dan murabitat kita.
 
Kutipan Tabung MyRamadan untuk minggu ini akan fokus menyediakan pek iftar untuk murabitoun dan murabitat serta jemaah Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan nanti.
 
Ayuh sumbangkan iftar untuk hero kita sebagai sokongan usaha-usaha mereka ini.
 
Ringankan beban mereka dan gandakan pahala di:
https://mycare.qrd.by/myramadan
 
ATAU
 
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan
 
Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau myramadan@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali