Jadilah Suar Harapan untuk Anak Yatim di Afghanistan!

Sudah berdekad-dekad Afghanistan mengalami konflik. Berjuta-juta orang di Afghanistan mengalami kemiskinan dan kelaparan yang teruk di tengah-tengah kejatuhan ekonomi, bencana alam yang berulang, dan penyekatan hak asasi manusia yang meluas.

Namun, terdapat jiwa-jiwa yang tidak bersalah merindukan secercah harapan. Ini adalah anak-anak yatim, yang hidupnya telah hancur oleh keadaan yang di luar kawalan mereka. Oleh itu, MyCARE telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak ini melalui Projek Kempen Penajaan Anak Yatim Afghanistan.

Projek ini adalah berbentuk penajaan kewangan yang mana ianya boleh digunakan untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan. Ringkasnya, projek penajaan ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim di Afghanistan meneruskan kehidupan dan berkembang seperti anak-anak yang lain.

Mari kita bina hari esok yang lebih cerah untuk anak-anak yatim Afghanistan!

Taja anak yatim Afghanistan secara bulanan atau tahunan di:
http://donate.mycare.org.my/sponsorship

Atau salurkan sumbangan anda kepada anak yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/tajayatim

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali