SATUN, 11 Jun 2017 – Sebuah lawatan (Jaulah) Ramadan ke Masjid As-Syed Hashimi selamat kembali semula ke tanah air selepas menyalurkan bantuan Ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Progam Jaulah ini diketuai oleh Tuan Haji Wan Subki Wan Salleh (Pengerusi Badan Kebajikan An-Nur) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) (diwakili oleh Ustaz Abdul Rahman Sayuti), I-Bantu (diwakili oleh Hairil Anuar bin Hashim dan Rohana Alias), dan Hospital An-Nur dari Malaysia bersama-sama Kolej Teknologi IBNUTECH, As-Salam Foundation Thailand dan IBNU AUF FOUNDATION dari Thailand.
Rombongan jaulah yang seramai 35 orang ini bertujuan menagungkan syiar umat Islam iaitu Masjid As-Syed Hashimi itu sendiri yang menyerupai hampir 100% Masjid Kubah as-Sakrah, simbolik terkenal bagi Masjid al-Aqsa . Satu sesi ceramah Palestin turut diadakan bagi membakar semangat hadirin untuk memuliakan seterusnya membebaskan Palestin yang dijajah oleh Zionis Israel.
Selain dari itu, rombongan ini turut menyalurkan jumlah sumbangan RM16,000 kepada fakir miskin di sekitar Satun, Thailand. Bentuk-bentuk sumbangan adalah sumbangan iftar kepada 800 orang, keperluan makanan asas kepada hampir 100 orang fakir miskin, lima buah kipas angin untuk kegunaan masjid, sebuah Al-Quran, dan cenderamata Masjid al-Qibli dari Palestin.
Majlis iftar tersebut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat Thailand antaranya Rosee Baikadem (Timbalan Menteri Thailand), Hj Aron Umaji (Ketua Majlis Islam Satun), Tuan Dalan Nungale (Ketua Jabatan Pendidikan Fatoni), Tuan Abdulhaleem Kesa (Ketua Daerah Kawasan Langu), Tuan Idris Napalen (Ketua Daerah Kaunsator)
Dif kehormat antarabangsa juga turut hadir bersama untuk melihat sendiri keindahan masjid ini, iaitu Dr. Mazen Rustam Ahmed Abu Arjah yang mewakili Al-Quds Channel dari Palestin.
Terima kasih kepada para penyumbang yang menyantuni penduduk Satun, Thailand yang memerlukan. Teruskan sumbangan anda bersama kami.
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat