Jom minum Dalucia sambil menyumbang ke Tabung Ramadan MyCARE

Terima kasih kepada inisiatif pihak Dalucia, iaitu sebuah syarikat anak muda tempatan yang mengetengahkan produk susu badam asli sebagai minuman berkhasiat yang lazat.

Perjanjian persetujuan kempen “Membeli Sambil Menderma” tersebut ditandatangani oleh Tuan Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE dan En. Mohd Khairil Bin Khider, Pengarah Urusan Dalucia di pejabat MyCARE.

Kempen tersebut terhad sepanjang bulan Ramadan ini sahaja. Boleh dapatkan harga promosi tiga perisa utama Dalucia Almond Milk iaitu Kurma, Coklat dan Asli dengan melayari laman berikut: www.thedalucia.com/ramadan

Setiap keuntungan pembelian ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Kempen MyRamadan MyCARE 2019.

Selain itu, pihak Dalucia juga menawarkan peluang menaja iftar dengan minuman Dalucia di 33 masjid sekitar Lembah Klang melalui pembelian ini.

Alhamdulillah.

Maklumat lanjut berkenaan kempen MyRamadan: https://mycareproject.org/myramadan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan untuk penduduk Putra Heights

Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap,

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

[MyRamadan] Agihan pek makanan di Somaliland

Alhamdulillah, pada Ramadan lalu MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan Ramadan kepada komuniti yang memerlukan di Somaliland – wilayah yang sering terpinggir daripada radar bantuan antarabangsa.