Kami tidak akan menyerah!

Misi MyCARE ke Donggala Selatan hari ini melalui jalan Diponogoro iaitu tempat paling teruk terjejas dipukul akibat tsunami. Keadaan sangat tidak diduga oleh kami bagaimana bangunan tinggi seperti hotel, kampus universiti, gedung-gedung boleh hancur ke bumi. Sepanjang perjalanan bau mayat masih kuat dan kanak-kanak beratur di tepi jalan memohon bantuan. Keadaan jalan juga merekah dan menyukarkan lagi pergerakan kami.
Setibanya kami di Desa Loli Popo, kecamatan Banawa kami disambut oleh lebih 700 pengunsi yang telah hampir 10 hari menetap di sini. Kami sempat menjalankan aktiviti bersama anak-anak. Insya Allah MyCARE akan terus membantu kira-kira 6 desa/kampung.



Lagi gambar-gambar di FB MyCARE
[VIDEO]
https://www.facebook.com/mycarehq/videos/371990736673823/?t=3
https://www.facebook.com/mycarehq/videos/1267634256712224/?t=3
Antara keperluan utama adalah rumah sementara, WASH dan musolla. Teruskan menyumbang ke Tabung Gempa Tsunami Sulawesi:
www.billplz.com/tsunamisulawesi
Aiman Khairul Azzam
Ahli Misi MyCARE ke Sulwesi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Groceries for Ramadan 2025

Rose2Rose bersama Team Penawar Asnaf mengajak anda untuk menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan menyumbang kepada Kempen Groceries for Ramadan! Sasaran: 100 keluarga asnaf di

Jom Tunaikan Zakat Melalui MyCARE

Seperti mana yang kita sedia maklum Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merupakan Ejen Perunding Zakat bagi Lembaga Zakat Selangor sejak tahun 2022.Oleh itu MyCARE ingin mengajak