Kanak-kanak Syria perlu bantuan anda

Krisis kemanusiaan di Syria sudah mencecah 13 tahun dan menjadi salah satu krisis paling teruk di dunia.

Krisis ini telah menyebabkan penutupan sebahagian atau sepenuhnya kemudahan penting seperti stesen air, pusat kesihatan dan sekolah. Kesukaran untuk mengakses kemudahan ini telah menyebabkan ketidakamanan terutamanya dalam kalangan anggota masyarakat yang terdedah seperti kanak-kanak dan wanita.

Kanak-kanak di Syria terpaksa menyaksikan kengerian yang tidak dapat dibayangkan dan terpaksa menjadi dewasa dengan lebih cepat.

Namun, setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membina semula kehidupan mereka yang telah hancur. Oleh itu, MyCARE telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak di Syria melalui Projek Kempen Penajaan Anak Yatim Syria.

Projek ini adalah berbentuk penajaan kewangan yang mana ianya boleh digunakan untuk memenuhi keperluan harian seperti perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan.

Ringkasnya, projek penajaan ini bertujuan untuk memastikan akses kepada keperluan dan perkhidmatan asas serta tempat perlindungan adalah mencukupi.

Sertai kami menyembuhkan parut krisis dalam kalangan anak-anak Syria.

Taja anak yatim Syria secara bulanan atau tahunan di:
http://donate.mycare.org.my/sponsorship

Atau salurkan sumbangan anda kepada anak yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/tajayatim

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.   Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai