Crisis Centre Misi Women’s Boat to Gaza (WBG), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan ini mengesahkan bahawa kapal Zaytouna-Oliva beserta 3 krew dan 10 orang anak kapal (termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan) telah ditawan oleh tentera Israel sekitar jam 9.58 malam (waktu Malaysia) hari ini (5 Oktober). Kapal Zaytouna dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke Pelabuhan Ashdod.
Maklumat lanjut akan menyusul.
Ikuti perkembangan terkini di FB Rose2Rose.
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat