Atas dasar keprihatinan dan semangat serumpun, MyCARE telah menyalurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi Cianjur, Indonesia.
Gempa yang berukuran 5.6 skala Richter pada 21 November 2022 menggoncang bandar Cianjur telah menyebabkan kematian 602 orang korban dan ribuan kes kecederaan.
MyCARE telah menyalurkan sumbangan bernilai Rp 50,000,000 dalam bentuk bekalan makanan, selimut dan barangan keperluan bayi kepada 275 buah keluarga mangsa gempa dengan kerjasama NGO Rumah Zakat pada 7 Disember 2022.
Para penerima sangat bersyukur dengan bantuan ini serta menghargai keprihatinan para penyumbang MyCARE dari Malaysia.
Terima kasih kepada para penyumbang dan semua pihak yang telah bersama dalam bantuan gempa Cianjur.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
Bantuan untuk penduduk Putra Heights
Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap,