MyCARE telah menyalurkan bantuan bekalan makanan dan makanan bermasak kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kem Pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.
Kebakaran yang berlaku di Camp 11 itu telah mengakibatkan 12,000 orang hilang tempat tinggal sekelip mata.
MyCARE dengan kerjasama Allama Fazlullah Foundation mengagihkan bekalan makanan bernilai RM10,000 kepada 200 buah keluarga yang terlibat.
Tambahan, MyCARE juga memberikan makanan bermasak bernilai RM5,000 kepada 100 buah keluarga.
Alhamdulillah. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa-mangsa.
Para penerima sangat bersyukur dan memberikan penghargaan kepada para penyumbang MyCARE.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
[MyRamadan] Syria terus diuji, tetapi kita tidak pernah berhenti
Alhamdulillah, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, MyCARE telah berjaya mengagihkan 5,000 ikat roti kepada keluarga asnaf di Syria yang sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan.