[Kecemasan] Masakan panas untuk mangsa banjir Yaman

Dalam usaha membantu mereka yang terjejas teruk akibat banjir di Marib, MyCARE dengan kerjasama Human Access telah berjaya melaksanakan Projek Agihan Makanan Panas. Selama lima hari, bermula dari 24 hingga 28 Ogos 2024, kami berjaya menyampaikan bantuan kepada 2,122 keluarga yang amat memerlukan.

 

Setiap keluarga telah menerima:

 

– Ayam
– Nasi
– Hidangan sayuran campuran
– Roti
– Sebotol air

 

Bagi mereka yang telah kehilangan segalanya, setiap hidangan yang diterima bukan sekadar makanan, tetapi juga simbol harapan dan sokongan daripada komuniti global.

 

Melihat keletihan di wajah-wajah mereka berubah menjadi senyuman kecil setelah menerima makanan panas ini adalah satu penghargaan yang tidak ternilai.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan sumbangan bernilai USD 20,000, kami berjaya menyediakan keperluan asas yang mungkin kelihatan biasa bagi sesetengah kita, tetapi menjadi penyambung nyawa bagi mereka yang dilanda musibah.

 

Projek ini adalah bukti bahawa dengan sedikit usaha dan sokongan padu, kita mampu meringankan beban dan membawa sinar harapan kepada mereka yang paling memerlukan.

 

Semoga usaha kecil ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kebaikan yang akan kita bawa bersama ke seluruh dunia.

 

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong, dan semoga kita terus diberikan kekuatan untuk meneruskan kerja-kerja kemanusiaan ini.

 

Mari bersama-sama kita hulurkan tangan, ringankan beban mereka yang sedang diuji dengan ujian berat ini.

 

Ayuh lakukan sesuatu tidak kira besar atau kecil. Hulurkan sumbangan anda di:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember