WBG adalah inisiatif antarabangsa (non-violent) oleh Freedom Flotilla Coalition untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza secara aman. Ini adalah kali pertama kesemua 13 orang ahli di dalam kapal merupakan kaum wanita, termasuk krew kapal dan kaptennya. WBG juga menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang perjuangan semasa yang ditanggung oleh para Wanita di Gaza dalam menentang penjajahan Zionis.
Pelayaran kini memasuki hari ke 18 pada 2 Okt. Jutaan terima kasih kepada anda yang sentiasa mengikut perkembangan misi ini. Terus sebar luaskan maklumat berkenaan misi ini, ayuh kita beritahu semua ummat! Teruskan sokongan anda!
Dapatkan berita terkini WBG di FB Rose2Rose.
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat