Seramai 20 orang guru dan 300 orang murid-murid Madrasah Thanawiah Negeri, Palu meneruskan persekolahan seperti biasa dalam keadaan luar biasa. Tiada sekolah, mereka gunakan dewan terbuka. Tiada kelas, mereka bentuk bulatan-bulatan kecil. Tiada meja cikgu, bangku-bangku digunakan untuk menyemak kerja murid-murid.
Walaupun dilaporkan masih terdapat beberapa kes trauma seperti histeria, sebahagian lain mampu tersenyum dan bergelak ketawa. Lagi dua minggu, ujian akan diadakan.
“Kami dari MyCARE, dari Malaysia”. Murid-murid terus berkata dengan ceria, “Oh! Upin Ipin. Betul Betul Betul”. Sebuah sesi psikososial akan diadakan di sekolah ini.
Ayuh bantu Palu; http://www.billplz.com/tsunamisulawesi
Bakul Makanan Gaza
Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza berdepan dengan kelaparan dan kekurangan makanan akibat gangguan bekalan makanan. Dengan hanya RM200, anda dapat menyediakan pek makanan yang